Saturday, July 30, 2011

~Ambooi, Anak Emak..!~

Assalammualaikum.....

Selamat malam guys.. (^_^). Baru berkesempatan update blog. Bajet busy la tuh.! Bajet kau kata, naik sengal segala otot aku hari ni. Okay, x lama lagi bulan ramadhan bakal menjelma. Lagi dua hari je. Sabar-sabar. Jadi, untuk menyambut bulan yang penuh keberkatan ini, pelajar-pelajar sekolah berasrama dibenarkan pulang. Termasuk la adik aku yang kini berada di dalam bus untuk pulang ke rumah. Mudah-mudahan selamat sampai pagi esok-Amin. 

Ye, aku nak bercerita tentang anak emak yang sorang ni (adik aku laa).. aku pun anak emak juga. U all pun anak emak, anak ibu, anak umi, anak mami, anak mama dan sebagainya kan. Haish, untung belajar jauh-jauh macam adik aku. Masih bersekolah lagi. Form 4 sudah. Dekat mrsm muar. Faham-faham la kan, jarak memisahkan untuk kerap menjenguk dia. Hanya public phone penghubung berita. Balik pulak sekali sekala...

Emak aku, kemain sibuk lagi bila nak sambut anak-anak balik tau. Habis segala lauk pauk di masak nya untuk jadi hidangan. Bak jelmaan anak raja kayangan dowh.. Lauk sepanjang meja kalau boleh, dari hujung sana sampai hujung sini. Hari ni, satu hari wa tarak rehat.. Di sebabkan pagi nanti adik aku sampai, menu emak hari ini ialah Nasi impit, rendang, kuah kacang, masak lodeh dan ayam kicap. Macam juadah raya daa! Banyak kan.? tapi insyaallah tak membazir dengan ada nya pirana-pirana jadian di rumah ini. Hebak penangan si anak..(^_^). Ibu bapa sanggup buat apa saja untuk menggembirakan n meraikan anak2.

Okay, tu kes lauk pauk. Lepas tu, petang tadi emak suruh aku n adik aku sorang lagi petik Rambutan. Sebab..? "kesian dekat si syafiq tu tak rasa lagi buah rambutan rumah kita ni".. Finee, pukul 4 petang aku da terpacak bawah pokok rambutan. Petik punya petik dapat la dua plastik besar. Untuk makan sendiri dan bagi jiran-jiran berdekatan. Tu la habuan setelah gua berperang dengan nyamuk dan bala tentera nya yang lain... Macam dalam cite sarjan Hassan tu..(ceeiit, gempak noo).

Kesimpulannya, aku nampak dan aku tahu emak n ayah suka n gembira dengan kepulangan syafiq. Ini lah ramadhan pertama di mana kitorang dapat berkumpul bersama di Penang. Tahun lepas, aku n haziq tak dapat sambut 1 ramadhan dengan keluarga. Alhamdulillah, hikmah cuti 4 bulan. Impian bersahur n berbuka bersama kelaurga menjadi kenyataan tahun ni. (^_^).


OhMissWhatEver__said : Kasih sayang keluarga, amat bernilai. Tanpa mereka tiada lah kita.. 

2 comments

July 30, 2011 at 1:03 AM

agree ! sbb tu kite kne syg dieorg.. :)

July 30, 2011 at 1:29 AM

betul2..! mereka sentiasa ada untuk kita masa senang dan susah. (^_^)

Post a Comment