Thursday, December 22, 2016

#MyTravelokaEscapade - Sabah Destinasi Pilihan Saya !

Assalammualaikum.


Aku percaya ramai di kalangan kita yang suka bercuti. Siapa tak suka bercuti kan? Melawat tempat orang, dapat tenang kan fikiran dari kerja yang bertimbun buat sementara. Betul tak..? Buat travellers out there, TRAVELOKA sedang menjalankan online contest #MyTravelokaEscapade, so cepat join! Mana lah tau kan rezeki uols, dapat bercuti FREE ke tempat idaman. Menarik kannn.? Jom baca sampai habis, kenapa Sabah menjadi tempat pilihan hakak untuk bercuti sekiranya Traveloka nak sponsor. (^_^)



Uols pernah dengar tentang TRAVELOKA..?

Traveloka antara laman web yang paling terkemuka di Asia Tenggara dalam menyediakan kemudahan bagi membantu anda merancang percutian secara mudah, pantas dan teratur. Kita juga boleh membuat tempahan hotel secara terus beserta tiket penerbangan pada waktu yang sama. Ia menyediakan pilihan penerbangan bagi 18,000 laluan dan ribuan hotel di Asia Pasifik. Dari segi harga pulak, ehem, ia sememangnya berpatutan kerana Traveloka sentiasa menawarkan promosi untuk harga tiket penerbangan & hotel yang sangat kompetitif. Sekiranya anda ingin bercuti di saat akhir, jangan risau tiada masalah kerana perkhidmatan Traveloka adalah 24 jam 7 hari seminggu.  Best kannnn...! Dan of course la hakak akan menjadikan Traveloka sebagai platform rasmi hakak sekeluarga untuk melancong dimasa masa akan datang..gittewww..Insyaallah (^^,)

10 destinasi menarik. Sabah menjadi pilihan hati.

Haa, korang mesti macam tertunggu tunggu kan, kenapalah Sabah, Negeri Dibawah Bayu, yang menjadi pilihan iolss. kenapalah tak pilih tempat-tempat fancy yang lain  terutamanya di luar negara macam Tokyo ke, Bali ke, Nepal ke atau Melbourne ke..Kan kan kan? Teeetttt, semua tu tempat mainstream, iolllss ni acah acah hipster plus patriotik gittew..kikiki..Jadi, apa yang menarik sangattt di Sabah ni sampai menjadi pilihan hati..? Haaaa Let's check it out

1) Kinabalu Park

Sejuk mata memandang

Siapa suka alam semulajadi.? Kita geng. Okay Kinabalu Park ni merupakan lokasi permulaan pendaki untuk mendaki Gunung Kinabalu. Di lokasi ini, para pendaki boleh membuat pendaftaran, menempah mountain guide atau pun menginap di sini sambil menikmati suhu yang sejuk, udara segar dan view berlatar belakang kan Gunung Kinabalu. Wowww sangat! If uols yang tak mendaki gunung Kinabalu, anda boleh bergambar di sini sambil ber-istirehat atau melawat Botanical Garden.

2) Desa Cattle Dairy Farm, Kundasang

Little New Zealand in Sabah

Ice cream fresh

If ada peluang ke Sabah, jangan lupa singgah sini. Tempat top dengan pemandangan cantik serta udara segar fefeeling berada di New Zealand gituu uols. Okay, Desa Catlle Dairy Farm merupakan sebuah ladang ternakan lembu dan kambing. Di sini jugak ada kilang pemprosesan susu. Sudah semestinya produk produk seperti susu dan ais krim yang segar & terbaik dari ladang. Sambil menikmati permandangan yang cantik, uols boleh la menikmati ais krim atau susu segar yang di jual secara terus dari kilang.

3) Kundasang War Memorial

Pintu gerbang

Salah sebuah taman

Merupakan tugu peringatan Perang Kundasang. Yang iols tahu, terdapat 4 taman di dalam kawasan ini iaitu ;  Australian Garden, the English Garden, the Borneo Garden dan the Contemplation Garden & pool. Pembinaan tugu peringatan ini adalah salah satu tanda sejarah untuk memperingati tentera Australia dan British yang terkorban dalam Perang Dunia Ke-2, semasa zaman penjajahan Jepun. Bayaran Rm 2 di kena kan untuk masuk ke sini. 

4) Poring Hot Spring

Kolam Air Panas

Canopy Walk

Bagi mereka yang ingin mendapatkan ketenangan atau pun melepaskan lelah setelah puas berjalan di Sabah ni, Haa, ni lah tempat yang paling sesuai bagi uolsss. Pouring Hot Spring ini akan menawarkan pengalaman bermandi atau berendam air panas yang istimewa. Anda boleh memilih samada untuk berendam secara 'private' atau pun boleh juga berseronok dengan pengunjung lain di kolam terbuka. Bukan tu sahaja! setelah puas berendam, uollss boleh la memanjat  'Canopy Walk' bagi menikmati permandangan hutan hujan tropika yang tertua didunia yang tergantung dicelah celah pokok setinggi 41 - 43 meter atau  8 tingkat bangunan. Bagi yang gayat tu, boleh la tahan nafas siap siap sebab ini adalah 'canopy walk' yang tertinggi di Sabah. Wow!

Sedikit nasihat, kalau boleh jangan datang ketika cuti umum (hujung minggu) kerana kesesakan manusia berkemungkinan akan berlaku..hehehe

5) Upside Down House

Rumah terbalik 

Lokasi nya terletak di kawasan Tamparuli. Merupakan binaan pertama Rumah Terbalik di Malaysia. Unik kan! Iols tak pernah lagi melawat mana mana tempat rumah terbalik. If dah sampai ke Sabah nanti, boleh la singgah tinggal kan jejak tapak kaki konon konon nya.. Hehehe dan jangan lupa selfie sebagai kenangan. Haaaa.

6) Tagal Sungai Moroli

Ikan kelah yang jinak

Di kenali sebagai Tagal Luanti, ia merupakan sebuah sungai yang jernih dan menjadi daya tarikan pelancong kerana terkenal dengan nama jolokan Spa Ikan. Ratusan ikan kelah yang jinak mula 'mengurut' kaki anda sebaik sahaja kaki anda mencecah sungai. Uols juga boleh bagi makan pada ikan ikan ni.

7) Pasar Pekan Kundasang & PekanNabalu

Pemandangan Gunung Kinabalu dari Pekan Nabalu

Buah buahan segar di Pasar Pekan Kundasang

Pekan Kundasang & Pekan Nabalu merupakan dua buah pasar yang menjual pelbagai jenis sayur dan buah buahan organik yang segar dari kebun. Selain itu, uols boleh jugak mencari barang kraftangan dan makanan tradisional tempatan di kawasan ini. 

8) Pasar Filipina

Memang tempat yang terkenal dengan pearl, sesuai untuk souvenir. Pic credit HERE

Tudiaa rambang mata brooch pelbagai jenis. Pic credit HERE

Boleh pekena seafood fresh. Pic credit HERE

Sebut saja Sabah, terbayang Pasar Filipina tempat shopping yang tidak asing lagi. Kenapa nama nya Pasar Filipina.? mostly penjual nya adalah orang orang Filipina. Di sini macam macam uols boleh beli, antaranya ; mutiara, brooch, barang barang tradisional, amplang, ikan masin & pelbagai makanan laut yang di kering kan. Sesuai beli untuk cenderamata. Dengar cerita semua brooch n mutiara nya cantik cantik & harga nya pun murah.! Waaahh sis pantang dengar benda murah ni. (^^,) 

Da penat shopping boleh la uols pekena seafood di sini. Macam macam ada! Ikut lah selera masing masing. Sis nak bagi tips ni, if nak pilih makanan laut jangan lupa tanya harga dulu. Karang terkejut beruk pulak dengar harga. Hehehe. If harga nya sesuai dengan bajet baru ambik. Okay?  Lagi satu kalau nak yang fresh, sila cari yang belum masak. Tau.!

Okay, cukup setakat ni, jadi memang tak sabar sabar sungguh nak ke Sabah ni..Moga moga hakak terpilih oleh Traveloka untuk di sponsor melancong ke Sabah..hehe..Jika anda rasa atau sudah berkira kira nak ke Sabah, boleh la jenguk2 pakej yang terdapat di Traveloka. Pastinya berbaloi baloi! See you there;-)


All picture credit to google.















18 comments

December 23, 2016 at 1:54 AM

good sharing..banyak ye tema\pat menarik di sabah ye..mohon share ye..tq

December 23, 2016 at 8:05 AM

Kakak pun teringin ke Sabah. Dekat tapi tak pernah jejak lagi
Apa pun all the best Aina. Mana tahu ada rezeki kan..

December 23, 2016 at 10:12 AM

@Nadia Nurul thanks sis.. =) boleh. banyak tempat menarik kan di sini.!

December 23, 2016 at 10:13 AM

@Kakzakie Purvit Kan kakkk.! Amin, tq kak =)

December 23, 2016 at 2:21 PM

Aina...hakak mmg teringin sangat nak ke Sabah bawak anak naik kapal terbang... tulah tp tunggu tiket kapal terbang tak murah murah haha....

Menarik jugakkan Aina Sabah ni

December 24, 2016 at 7:06 PM

Cantiknya tempat! waduhhh teringin nya nak berjalan-jalan makan angin

December 27, 2016 at 9:08 AM

@hainom OKje betul tu kak... New zealand Malaysia gituu hehehhe =) Banyak je tmpt yg best kan kan Insyaallah ada rezeki kak sampai sini nnti =)

December 27, 2016 at 9:09 AM

@nadhie wueen Cantik dear! kannn nak berjalan tp kekangan kerja kadang2 terbantut niat hehe

December 27, 2016 at 12:31 PM

All the best sis.
Menarik tempat-tempatnya.
Btw kat KL pun ada up-side down house tau kat area KL Tower.

December 27, 2016 at 1:23 PM

Kannn Sabah pun cantik !!!! Good luck to you too dear , Aina . =)

December 27, 2016 at 2:11 PM

@Mrs. A u too Mrs.A! =) Aah adaaa, baru jugak tmpt tu. Hehehe skrg da banyak da rumah upside down ni kan kak. =) Cantik bergambo

December 27, 2016 at 2:12 PM

@nadiah izzaty Thank you dear Nia! betul... cantik cantik bumi Allah ni. semoga kita ada kesempatan untuk melihat tempat lain kan nia. Amin =)

December 29, 2016 at 12:12 PM

nak join jugak..

sabah bha..

December 30, 2016 at 10:35 AM

best best,rindu nak p sabah lg.

December 30, 2016 at 11:14 AM

wey.. kundasang tu wey.. wey wey wey.. hahahaha.. laki aku ckp tunggu ade jln darat pegi sane.. siot je!

January 2, 2017 at 8:37 PM

Insyaallah , Amin .

January 20, 2017 at 10:56 AM

Akak dah pernah ke Sabah tapi teringin juga nak pergi dengan family pulak. Memang best Sabah nikan, macam-macam tarikan ada. Sebelum menjelajah ke negara orang, lebih baiklah kita jelajah habis negara kita dulu. Murah pun murah.

Semoga ada peluang cerah untuk Aina menang ya!

April 3, 2017 at 3:14 PM

kalau pegi area kundasang, ranau, memang sy akan naik canopy walk tu <3

Post a Comment