Monday, October 15, 2012

~...Tips Study yang Efektif...~

Assalammualaikum.....


Hello peeps~!! Seminggu x update nih. Al-maklum laa sedang berada dalam minggu test *student life*. Well, minggu test & majlis konvokesyen adalah pada minggu yang sama. Sangat strategi masa nya bukan. Stress jawap exam boleh la beronggeng rokiah sebentar di pesta konvo. Hari ni, little bit messy for me. Tak tau laa apa yang tak kena. Hewhewhew.. Aku order makan Char Kuew Teow kerang, akak tu bagi Char Kuew Teow udang.. Aku order Lai Chi Kang, brader tu bagi ABC. Haish!! Nasib la aku jenis tak kisah. Lapar punya pasal, aku bedal saja apa yang ada. (^^,)

So, di sini aku nak kongsi kan sedikit tips-tips belajar yang berkesan *bagi aku laaa...* It may reduce our pressure level. Perhaps. Terlampau stress akan menyebabkan tekanan darah anda naik. Dan possibility untuk dapat sakit Jantung sangat tinggi ye kawan-kawan. Sila take note~!! Nampak tak entry ilmiah aku ni.? Kau hado-?! kuikuikui... =P Okay, pernah tak kita rasa malas atau banyak sangat gangguan bila kita tengah study.? penah tak.? Kalau pernah cuba praktik kan tips di bawah...


Keep your Phone in a Silent Mode



Where's mine..? Opkos la yang paling menyerlah warna Keperempuannan-nya! (^^,) Hewhewhew.

Ini memang super duper penting. Bila kita nak study masa tu laaa berduyun-duyun panggilan hangit, atau sms atau PING!!! yang kita dapat. Eh..? hehehe.. Yang nak ajak makan laa, nak tanya assignment laa, yang nak berkongsi cerita la, yang nak mengadu masalah laaa, yang nak duduk mengacau pun ada.. hah semua nya ada. So, penyelesaian nya.? Sila letakkan phone anda dalam mode "silent". Then put in your drawer. Set up masa, berapa lama u olls nak bertapa di meja study. Based on my experience laa kan, masa yang efektif dan produktif untuk study hanya lebih kurang 2 jam saja. Jadi gunakan 2 jam yang korang set tuu sebaik-baik nya. Lebih 2 jam....? Apa yang korang study mybe otak da x boleh terima. Well, otak pun perlu berehat jugak.


Amalkan Pemakanan Sihat


No maggi. No cekedis. No,no,no. Katakan TIDAK!! Makanan yang banyak kandungan MSG akan melembab kan otak. Jadi itu akan menyebabkan anda blur-blur sotong ketika study. Jadi dari makan cekedis, maggi dan seangkatan dengan nya.. Baik lah anda makan kimis, madu, cereal (bijirin), susu, coklat atau pun buah-buahan. (^___^). Sila elakkan makanan yang mengandungi kafein, kerana anda mungkin akan sukar tidur dan hilang tumpuan. Da macam pakar nutrisi pulok da aku ni.. huhuhu. Alternatif lain, u olls juga boleh beli minuman segera 3in1 seperti ini.....


Pelbagai rasa dan berkhasiat... (^^,)

I nak promote sikit... Ketiga-tiga jenis minuman instant di atas mengandungi khasiat yang tersendiri. Apa yang penting. Ia nya melancarkan digestion system kita. So, jom amalkan pemakanan sihat mulai hari ni .!


Mengajar Orang Lain


Bila minggu test/exam makin dekat, maka sangat penting untuk kita mengulang kaji pelajaran dengan lebih pantas tetapi berkesan seperti larian Usain Bolt. Membuat ulangkaji pantas ini boleh di lakukan dengan membuat short note, formula and whatsoever. Selain itu, cara lain untuk menguat kan daya ingatan normal manusia sila  lah jangan kedekut ilmu untuk mengajar orang lain. Sebab, bila kita ajar orang lain kadar tempoh mengingat akan menjadi lebih tinggi. Mengajar orang lain memaksa otak bekerja lebih untuk faham kan sesuatu benda. Kan..? kan...? Bila kita ajar orang, rasa macam nak pecah kepala pun ada. Hah macam tu la gaya lecturer yang sakit kepala fikirkan cara nak faham kan student.



Banyakkan Berdoa 


Kita da berusaha sedaya upaya dan sehabis kudrat yang ada..  Sebagai makhluk yang lemah kita hendak la  berdoa dan mintak kepada ALLAH s.w.t supaya di permudah kan segala urusan, di beri daya ingatan yang kuat ketika test/exam nanti. Banyakkan solat Hajat. Mintak di kurniakan keputusan yang cemerlang, mintak terang kan hati yang hitam lagi berkarat mahu pun bernanah tuuuu.. Eh..? *over tauu..* Hewhew.. dan akhir sekali mintak keampunan dan keredhaan dari ibu bapa.. mintak doa dari mereka. Kerana Doa Ibu & Bapa sangat Mustajab. (^___^) InsyaAllah.!


Last but not least..................


Pastikan Katil anda Sentiasa Kemas!!!!

Ye 'string' atau tegang kan kain cadar anda... Siapa yang pernah sekolah asrama dulu, mesti tahu string cadar tu macam mana kan.? Berani la kau x string cadar time pergi sekolah.. memang nak tengok katil kau rupa tongkang pecah la jawab nya. Bila katil anda dalam keadaan kemas, perasaan untuk tidur atau main golek-golek atas katil bagai bergolek di banjaran Andes automatik akan terbantut. Maka secara tidak sengaja kaki anda akan melangkah ke meja study. Hah, nampak tak kuasa psikik yang ada dari katil..? Sila perangi nafsu tidur anda yang kuat mengalahkan bayi baru lahir.  


Untung la kau chipmunk...! Masa wa test memang wa jeles dgn lu.... 



OhMissWhatEver__said : Don't make a permanent decision for your temporary emotion.... Professional or Pro-Action..?? (^^,)  Gudnite readers. Have a GoooooD Dream.~!




20 comments

October 15, 2012 at 2:12 AM

wah sgt berguna..tapi sekarang dh tak belajar :)

October 15, 2012 at 2:26 AM

Thanks u~! wah lagi seronok da abs belajar.=) hehee..

Anonymous
October 15, 2012 at 2:27 AM

Comel la chipmunk!.. besar pangkat chipmunk ddk atas katil tu. =D hehehe...

October 15, 2012 at 8:21 AM

betul pasal kasi katil kemas... =)

October 15, 2012 at 8:28 AM

1 je yg sama mangajar orang lain tu..yg lain semua terbalik kot dengan phat huhu masa study dulu

October 15, 2012 at 12:30 PM

da lme x jenguk cni..rindu aina la..hee..nioce chipmunks tu..nk pnjam bole?..hee

October 15, 2012 at 5:57 PM

anon: tau xpe. pangkat sarjan ini chipmunk! hehehe..

October 15, 2012 at 5:58 PM

Anisa Anuar: kan3...? heheh katil harus lah owez kemas. ^^ baru sedap n sejuk sikit mata memandang.

October 15, 2012 at 5:59 PM

Phat : teknik belajar lain2.. hehe.. tp betul kan bila kte ajar org, secara x langsung daya ingatan kita 2 kali ganda lbh kuat. =)

October 15, 2012 at 6:01 PM

Eyda Dania : yayang~!! rindu kamu juga.. lama kte x blog-jumping kan. hehehe.. nak chipmunk..? boleh2. meh kita belah 2 chipmunk oncit tu.. hehehe ^^

Anonymous
October 15, 2012 at 8:18 PM

always profesional dear.. yang pro-act tu biasa nya pandai cakap saja. GEYBANG lebih. =D

October 15, 2012 at 11:00 PM

hahaha.. aina, jeles dgn mr.chipmunk! tyme kite test dy kt katil.. x test pun kt katil.. hehehe..

October 16, 2012 at 7:47 AM

anon: hewhewhe.. ALWAYS~! ^^ yezza.. x pyh banyak ckp. Yg ckp lebih ni sometime TERASA kena pd diri sendiri. kuikuikui... soo pity.^^

October 16, 2012 at 7:49 AM

Blog Fatin Fadhillah : kan2.. cuba sesekali chipmunk pulak duk kat meja study.! hahaha...

October 16, 2012 at 9:27 AM

Tips yg berguna...
betul tu kalau katil kemas rasa sayang jer nk tido atas tu.. :)

October 16, 2012 at 11:29 AM

LiLy @ MaMaQiStInA: thank u kak! kan... bila katil kemas, mmg syg nak kecah kan. hehehe....^^

October 16, 2012 at 2:52 PM

good..terbaik laa aina..rasa ayie nk belajar balik jer bila baca tips2 yg aina kasi tu...ahaks...~__^

October 16, 2012 at 5:20 PM

wahh, sederet.. geng blackberry rupanya ^^

October 17, 2012 at 8:45 PM

Ayie Abas: hahaha... thanks ayie. ^^

October 17, 2012 at 8:46 PM

caliph shuriken: hehehehe.. opkos! BB je. Jimat sikit... boleh bbm. =) =)

Post a Comment