Monday, January 18, 2016

~ Karipap Kentang Masjid Jamek ~

Assalammualaikum.


Stress hakak arini naik train macam sardin cam ayam. Sampai terpaksa lepas kan satu train. Huhuhu. Adeh bila kah ia nya akan berakhir jadi sardin dalam train.?  Lagi stress bila teringat ingat karipap kentang sedap yang tak dapat dapat sampai sekarang. Mungkin orang cakap, "Alah pasal karipap ponn kecoh satu dunia" Huhuhu, masalah nya seminggu da ni lepas balik kerja aku terpacak dekat tempat achik karipap ni, malang nya bayang tapak karipap pun tak ada.

Minggu lepas, otw balik rumah.. aku singgah la masjid jamek. Macam biasa la nak balik rumah memang akan transit dekat masjid jamek sebab aku duduk arah seri petaling. Tapi aku menghala arah sogo sebab encik tunang tunggu dekat sana. Hihihi. Okay, kita bukan lapar sangat pun, cuma saja nak cari benda untuk mengunyah. Lepas touch out, aku menghala la ke arah tempat jual keropok lekor, putu bambu dan achik karipap. Mula mula aku macam tak layan sangat karipap dia. Tengok macam biasa je. 

Selesai beli keropok lekor 2 hengget, aku jengah karipap achik ni. Semua karipap kentang. Entah la, aku ni hantu karipap... baik kentang atau sardin semua aku tibai. Kira nak tau karipap sedap atau tak boleh jadi kan tekak aku ni benchmark. Hu Hu Hu...Lagi satu, achik ni jual karipap murah je. 3 ketul Seringgit. Sampai 2 kali aku tanya.. betul le singgit. Sorry, i macam tak percaya sebab sekarang ni kuih satu 40 sen. Jarang jumpa 3 singgit ni. (^__^)

Aku beli la singgit sebab kesian dia takde customer lagi masa tu, lagi satu sebab da beli keropok lekor tadi. Jadi tak berani beli banyak banyak. Kalau tak habis kan membazir nama nya amalan setaanggg. Masa tunggu train ke Sogo sempat la aku makan seketul karipap ni.. Fuhhh, Karipap dia da la panas panas lagi. Pastu isi kentang penuh bak ang. Terasa kari dia. Memang super power bak ang! Nyesal kita beli singgit. Huhuh. Aku nak turun balik, malas la jauh ok kena lintas jalan. Hewhew.


Tolong la muncul acikkk sy janji nak beli banyak ni. Huhuhu

Sampai area Sogo tempat encik tunang pick up, aku bagi la dia karipap ni. Masa tu tinggal seketul je. Ha Ha Ha sebab aku da makan dua ketol. Dia boleh tanya " Tinggal satu je..? sedap sedap. " Payah pakcik ni nak cakap sedap. Tau tak? Huhuhu. Tapi keropok leko banyak lagi. Jadi dia bedal la keropok. So, uols yang transit dekat masjid jamek tu boleh la cuba karipap acik ni. Dia memang jual karipap je tak de benda lain. Sedap sangat sampai kita TER- review dan TER suka tanpa sengaja. Semoga murah rezeki Acik Karipap. =)


OhMissWhatEver__said: Lepas ni nak cuba donut 10 sen yang jual dekat Maluri tu la. Dengar cite sedap. Betul ke? (^^,)


14 comments

January 18, 2016 at 10:25 AM

lama x mkn kripap..

January 18, 2016 at 12:34 PM

yui... karipap ni peberet aina. Hihi tak kira breakfast atau minum petang, mesti crik karipap. ^^

January 18, 2016 at 3:08 PM

Nasib baik tak masuk dalam mimpikan, Aina ^_^

Akak bukan peminat karipap tapi peminat kentang. Asal ada aje kentang, akan bantailah makan. Lain kali kalau nampak acik karipap ni (chewah, perasan dia muda juga nih nak panggil orang achik gak!) silalah makankan karipap tu untuk akak sekali. Nak belikan macam jauhkan ^_^

Ni donut 10sen ni kat mana pulak? Stesen Maluri tu ke apa?

January 18, 2016 at 4:27 PM

Ahahaha agak la kak. Ades nasib baik tak mimpi.
Sama la kita. kentang goreng, mashed potato smua peberet. Eh aina ni kaki makan, hahah.. Beres kak balik ni nak tgk lagi tmpt acik karipap tu. Donut 10 sen tak pasti lokasi nya. Ya tau area maluri tu chinese muslim yg jual. Pemes kak siap masuk tv! =) hehehe

January 18, 2016 at 5:13 PM

tak suka sangat karipap.. suka keria dan dinut.. heeee:)

January 19, 2016 at 4:44 PM

besar juga karipapnya kan..

January 20, 2016 at 8:25 AM

@ Cik Siti Hajar : Donut aina kurang. tp kalau donut big apple sukaa! haha. Keria pun suka. Eh semua suka ni.. kekeke =)

January 20, 2016 at 8:25 AM

@ azizah green line: Btul. gebu isi penuh. hihi =)

January 20, 2016 at 10:33 AM

sedapnye karipap... terus jadi lapo dah ni

January 20, 2016 at 11:11 AM

Hihihi... sama la kita pun lapo ni. Tggu masa nak lunch je ^_^

January 20, 2016 at 11:16 PM

Alamak mana nak cari karipap nih? :)

January 22, 2016 at 8:57 AM

Hehe.. Acik ni kedudukan nya bertentant LRT jamek n secret recipe =)

January 28, 2016 at 1:07 PM

Nak kirim ar....
Mak pun hantu kariap jugak weyh. Jarang nak jumpa yg sedap sekarang ni. Lebih lagi terasa kari kari tu ....ohhh terbayang dah mak ni tau Aina!

Tp mintak maap, nak buat sendiri mmg malas hihi...

January 28, 2016 at 3:01 PM

Hahaha... hi5 skit kak! Adeh teringat karipap ni lagi. Sampai skrg achik tu xde. So saddd. Renyah la nak buat karipap.
Cari yang segera aje la kak. Kikiki

Post a Comment