Friday, January 29, 2016

~ Part Time PS : Personal Shopper ~

Assalammualaikum.

Salam Jumaat readers! Selain sibuk dengan  kerjaya dan urusan @aryana_couture aku juga part time PS (bukan play station okeh) untuk Sembonia/ Carlo rino/ Bonia. Memang tak pernah terlintas dek akal nak jadi personal shopper ni. Siapa jadi personal shopper depa tau la apa rasa dia. Aku suka menyoping. Perempuan kan sapa je tak suka shopping... 70% perempuan suka shopping hasil dari pemerhatian aku. So, bila jadi PS ni aku puas hati walaupun tak shopping atleast dapat shopping untuk orang lain pun kepuasan nok.. Dan tunang sangat sporting. Sokong je minat luar tabi'i iols ni. =P 

The story begin, setiap kali fair/warehouse sale sembonia-carlo rino - bonia, muka aku ni mesti nak ada (^^,). Tahun lepas bulan 11 aku teman cousin  beli handbag dekat Sogo. Well, Sogo memang tak pernah tak sale. Hahaha. Kebetulan masa pergi tu diorang tengah buat Happy Hour. Faham tak happy hour ni uols! Memang super duper happy la kan. So, elok elok aku taknak beli handbag bila dapat harga Rm 99 otomatik terjebak beli. Mencik!. Masa dekat fair tu la iols kenal dengan sorang Sales Executive Sembonia. Sampai tegur " I macam kenal u... kita ada jumpa masa fair dekat Cheras Selatan n The icon. Give me your phone number.. so ada event mana mana i update u okay!"

Uols, tolong jangan tanya siapa SE yang i kenal tu. Hehe sebab ada yang ambik kesempatan atas usaha orang lain. Pergi fair pastu petik nama iols. Hamboii. Banyak cantekk. Nasib baik SE ni kenal i better.. So everything dia get back to me.  Nak beli bag/wallet/wrislet memang aku cari dia je. Eh, uols kalau nak kirim i next time pun boleh. Just whatsapp saja. I ada bagi number business dekat bawah.  Anything regarding business purpose kindly contact okay.? Sis belanja sikit la HB Rm 99 bawah ni, dapat rembat masa Happy hour ritu. Kita ni rakyat Malaysia nak shopping masa ekonomi roller coaster kena la tepat pada masa nya. Hu Hu Hu. Apa pun ber belanja lah dengan berhemah. Ikhlas ni hakak pesan...!



Tara...! Happy gilos. Oh abaikan work station yg semak ni. Ngehhh..

Bag ni saja la iols share dalam group. Sangat berbaloi. Normal price Rm 489. Happy hour Rm 99 only. Meroyan kalau tak beli. Kaaah.. Lepas i iklan HB ni, kemain ramai orang nak kirim. Tapi sayanggg fair tu da habis. Then iols text Sale Executive untuk bag Sembonia ni, nak Handbag macam ni tapi jawapan dia " youu bag ni dekat Malaysia ada 7 bijik je.. I ada reserve lagi satu untuk you" Kawan aku si Mas yang nak bag serupa. Rezeki dia la dapat seketul sebijik macam aku. Tapi harga nya Rm 170 uols. Oh, Mas ni taste dia memang sama dengan aku jadi tak pelik kalau handbag pun sama noh.. Jadi, bermula aku iklan kan dalam group ni.. mencanak la orang yang kirim dekat aku. Maka bermula lah life as a Part time personal shopper. Niat iols lebih pada nak tolong je. Yela, Kita dapat yang murah mestilah nak share kan...

Hasil mencandat...Macam shopping stok setahun.!

Fussy customer.? Hehehehe.. prepare mental & fizikal. Sebab kita deal dengan manusia yang pelbagai perangai. Ada yang nak payment bila barang sampai pun hado. Ada yang nak payment gaji bulan depan pun ada. Kau rasa..? haha. Tunang aku cakap " Tak paham perempuan ni, tak de duit pun nak shopping" pernah jadi okay, aku cover kan HB customer harga 200 lebih. Pastu nak bayar gaji bulan depan,lepas tu nak bayar lepas barang sampai. Ingat aku dengan pos laju satu company.? Dugaan noks. Itu lah antara pengalaman pertama. N now, aku lebih berhati hati menyusun langkah. Pengalaman deal dengan customer sebagai PS and handle @aryana_couture  sangat berharga, doakan iols boleh pergi jauh ye. Hehehe.



Thanks reading. Happy weekend uols. 




OhMissWhatEver__said : Buat warga wilayah, long weekend ni pergi mana.? 








15 comments

February 1, 2016 at 2:34 PM

babe, aku bkn kaki shopping.. mohon percaya.. hahahahaha

February 2, 2016 at 8:57 AM

Hahaha... babe! susah daku mau percaya... =P kikiki

February 2, 2016 at 9:30 AM

Wah.....kretip ar you, jadi PS. Org yg kreatif ni ada jer cara nak berniaga kan. Tp mak pun sukalah handbag tu Aina. Cantiklah!

February 2, 2016 at 9:31 AM

Wah.....kretip ar you, jadi PS. Org yg kreatif ni ada jer cara nak berniaga kan. Tp mak pun sukalah handbag tu Aina. Cantiklah!

February 2, 2016 at 9:56 AM

hainom OKje: Hehehe... alhamdulillah kak. Tak sangka blh jadi PS. Kan kak. Simple je! blh buat lenjan p keje. =D

Anonymous
February 2, 2016 at 12:08 PM

Respect sis ni..! All the best sis. Insyaallah sis akan berjaya.

February 2, 2016 at 2:25 PM

akk tengah naklet go semua kasut bonia hehehe

February 2, 2016 at 4:05 PM

Anonymous: Amin. mudah mudahan. Tq =)

February 2, 2016 at 4:06 PM

Azlinda Azman : letgo je kak. blh dapat dana baru untuk benda lain. kikiki. aina pun mana x pakai, letgo je smua nya condition tip top lg. =D

February 3, 2016 at 12:43 PM

Wah, PS rupanya dia! Lain kali bolehlah suruh belikan lepas tu minta payment by installment 12 bulan. Hahaha.

Akak area Sogo tu memang benci sungguhlah nak pergi. Very rarelah akak ke sana kalau tak betul-betul. Senang ni dah tahu ada rakan blogger jadi PS juga ^_^

February 3, 2016 at 1:12 PM

good luck ye..biasalah dugaan org meniaga tu.. :)

February 4, 2016 at 4:26 PM

Mummydearie : ahahha boleh boleh nk kirim. installment 12 bulan pengsan iols. Kaah.. Kan kak adoi letih badan kena rempuh. Bujang ni boleh la p sogo. gagah lagi. =P

February 4, 2016 at 4:26 PM

Yana Libra: tq dear. btul tu.. apa pun pengalaman n matang kan kita. =D hehe

February 11, 2016 at 3:16 PM

Bagusla aina ni.. Shoppers kental.. Haha.. Kalau chicna nak shopping barang sendiri pun alahaiii.. apelagi nak tolong shoppingkan utk orang.. Pasni bole lah roger2 aina eh.. wasap plisss.. hehe..

February 12, 2016 at 11:30 AM

Hihi.. Boleh boleh. =D nak bag kasut wallet meh wasap.!

Post a Comment