Tuesday, January 12, 2016

~ Tempat Makan Wajib Cuba : Part 1 ~

Assalammualaikum.

Aku anak jati Johor. KL-Selangor ni ibarat tempat bertapa bagi aku. Dari zaman belajar sampai la zaman bekerjaya, sudah tertulis rezeki masing masing dan inilah tempat aku berjihad. Tak lupa juga, sini la tempat pertemuan aku dan kesayangan. Memang bumi bertuah sangat buat aku. =) Hari ni sis nak share sikit tempat makan yang best area KL dan sekitarnya. Orang kata sementara kita masih sihat wal'afiat ni makan la apa yang kita boleh makan. Habis duit dekat makanan tak apa. Yedak?

Aku dan encik tunang ni memang kaki makan. Jadi ada ajelah tempat makan yang kitorang cuba. Sampai encik tunang cakap " Macam mana laaa awak boleh jumpa kedai makan dekat ceruk sini ni.." Dah la ceruk, sedap pulak tu kan. Mihmihmih. Buat food hunter, pakat mai la cuba beramai ramai. Yang sedap kita kongsi dan kasik viral. Okay? Jommmm layan.

1) Mastercook Chinese Cuisine (Cheras)

Ikan rasa khas, Sotong telur masin & Mix vege sup.. Walaaa.

Memandang kan tunang aku ni mix blood atuk dia cina, jadi kena la dengan selera beliau. Aku.? Macam biasa aku bedal ikut rasa. Aku pantang jugak bab makan ni. Pantang jumpa. =P  Sotong telur masin & Ikan rasa khas tu recommended sangat. Buat peminat Dim Sum, jangan lupa cuba ye. Yang penting makanan dekat sini kurang minyak. Healthy gitu. Lebih 3 kali aku makan sini, Tomyam & Sup dia terbaik, Makanan laut fresh. Pendek kata iols puas hati sangat, sebab tu aku & tunang decide bawak family weols dinner sesama dekat Mastercook ni. Siapa yang nk buat tempahan boleh call. Service tip top. =)

2) Sukhumvit (Kg. Baru)

The best ever Thai Cuisine.

Sukhumvit ni antara tempat peberet hakak jugak, terletak tengah bandar KL terselit di kawasan Kg.Baru. Murah dan berbaloi. Okay Sukhumvit - merupakan satu daerah di Bangkok jadi sah sah la diorang menghidang kan makanan Thai. Dekat sini makanan Thai versi Malaysia yaa. Suasana restoran ni memang menarik, kemas dan tenang. Paling penting makanan best belako.! Ada pelbagai pilihan, nak set pun boleh. Try la Tomyam kelapa muda. Harga dalam Rm 15 sahaja (boleh share). Tapi weols makan lebih dari 2 orang jadi order Tomyam mangkuk je ye. Haha. Somtam & Pulut Mangga dia memang sedap. Sis cadangkan awak awak bila datang KL dan berkesempatan sila la singgah. Insyaallah tak kecewa. (^_^)

3) Ocean Hauz (Bangi)


yummy. Eh pinggan mana..?

Setelah menjadi viral di FB hujung tahun lepas dan review Ocean Hauz ni mencanak naik, aku pun teringin nak cuba. Kebetulan 21/11 tahun lepas birthday aku, jadi encik tunang pun ajak la makan dekat sini, reward untuk birthday girl gituu (thank youu =) ) Seperti di atas menu masakan yang diorang cadang. Not bad..! Lobster berbaloi dengan harga masih terasa manis isi udang. Ni satu lagi tempat seafood yang fresh. Kitorang memang kuat makan tapii kena makan sikit dan banyak kali. Agak mengah jugak la nak kasik licin lauk atas ni. Haha... Makanan dia deserve 4 stars.. Kedai bersih, ada surau sekali. Jom support halal and bumiputera food..! 

4) Redwok (Bangi)

Steamboat and Grill..

Bagi penggemar steambot & grill boleh la cuba Red Wok Restaurant yang terletak di Seksyen 7, Bangi. Tempat lapang dan parking pun luas. Cuma di nasihat kan datang la awal sikit ye sebab kalau lambat nanti full. Ada 2 bahagian utama tempat duduk. Apa yang menarik, dari segi makanan memang pelbagai boleh la acah acah chef buat makanan ikut selera. Hewhew. Untuk steamboat dan ala carte. Harga nya pulak ;

Steamboat
Dewasa ; Rm 28
Kanak2 ; Rm 17

Steamboat & Grill
Dewasa ; Rm33
Kanak2 ; Rm 22

Boleh makan sampai lebam. Pastu berhenti solat. Surau di sedia kan. (^_^) Nak sambung balik makan pun tak ada hal yang penting jangan tinggal kan meja makan kita ye. Make sure solat gilir gilir. Bukan apa takut uols bangun diorang kemas terus. Apa pun sila elakkan pembaziran.. Pembaziran 100 grams di kena kan cas Rm 10.00. Tempat ni sesuai sangat untuk family gathering. Red wok ni termasuk dalam wishlist iols jugak nak bawak family. Insyaallah..

Thanks reading =) 


OhMissWhatEver__said : Okay, kelam kabut keluar lunch entry publish separuh je.. haha. Okay nanti kan tempat makan wajib cuba part 2 pulak ye. =)




13 comments

January 12, 2016 at 12:26 PM

weyyyyyyyyyyyy.. saje je ek tunjuk gmbr makanan nie sumeeeeeeeeee...

January 12, 2016 at 1:41 PM

Hahaha... ape lagi ajak hubby makan paatt. Nanti baby terliuq =D

January 12, 2016 at 3:03 PM

Salam singgah!

Puas akak pi profile tak boleh masuk sini akhirnya akak google aje nama awak, dik ^_^ Barulah jumpa blog ni!

Samalah kita orang Johor tapi akak ni adik beradik Tanggang, lupa mati nak balik kampung halaman sendiri maklumlah emak pun dah dok KL!

Bab makan tu, akak pun suka. Dua yang pertama akak dah pernah makan. Yang dua di bawah tu belum pernah lagi sebab jaranglah kami melenjan JJCM sampai ke Bangi. Ingatnya satu hari nanti nak jugalah JJCM ke selatan pulak!

Psstttt... thanks ya sudi singgah blog kita ^_^

Anonymous
January 12, 2016 at 3:09 PM

Woaahhh... nak cuba jugak Chinese cuisine tu. Kita peminat dimsummm udang. hihi

January 12, 2016 at 4:43 PM

@Mummydearie : Hehehe...x dpt ye. nnti aina setting balik. la sekapal la kita. =) Cuba kak jangan tak cuba. sementara ada kudrat. hehe...
Tq kak sudi singgah blog aina. (^__^) Salam perkenalan.

January 12, 2016 at 4:44 PM

@anonymous : Sila sila... Wahh udang dimsum dia besar besar. Kena cuba. =)

January 12, 2016 at 10:46 PM

Tq Aina bagi cadangan tempat makan....Semua tempat tu tak pernah sampai pun.

Suka suka suka.....bolehlah try nanti. Yg Mastercook tu kat area mana ek....Tak pernah tau pun huhu.....

January 13, 2016 at 12:18 AM

@kak hainom OKje : welcome kak.. hehe =) Mastercook ni area Bandar Sri Permaisuri, Cheras. Nanti free akk cuba la ke sini. Sihat dan sedap. hehe =)

January 13, 2016 at 9:03 AM

boleh try ni :)

January 13, 2016 at 10:35 AM

kena cuba syg.! =) insyaallah puas hati. hihi

January 14, 2016 at 8:30 PM

pehhh macam sedapp jee...!!

January 15, 2016 at 8:19 AM

@ azizah green line : Sedap sedap! kita rekomen =)

April 22, 2016 at 2:24 AM

Jemput datang ke kedai kami, Checkmate Grill n Pasta di Jalan Mahmud, Kg. Baru kl..rasa menu western food dan pasta kami.

Post a Comment