Thursday, January 14, 2016

~ Rezeki Allah Pelbagai Bentuk ~

Assalammualaikum.

Cerita nya, semalam agak awal aku turun lunch. Gara gara mak buyung a.k.a business partner aku mengidam nak makan lontong. Orang ngandung ni tak boleh makan lambat lambat sian baby. Hahaha.. Sekarang ni apa yang dia nak makan aku layan jela, sebab awal preggy hari tu teruk bak ang dia punya mabuk. Nak di jadi kan cerita, otw turun.. lif berhenti dekat level 33 (office Khazanah Nasional). Sorang akak ni average umur dalam 40 something dengan sorang lelaki. Kira dalam lif aku bertiga dengan diorang. Tetiba dia tegur :

Akak Khazanah : Sayang cantik.
Aku : (senyap je la ingat kan cakap dekat lelaki tu) 
Akak Khazanah : (datang sebelah aku) yunk, cantik shawl. Beli mana ye? Kedai dekat mana?
Aku : Oh..(hewhew adeh cakap dengan aku rupanya lol) Oh saya beli online dekat Instagram.
Akak Khazanah : Oo adik ada IG dia tak, akak berkenan tengok awak pakai. I like this colour. (pegang pegang shawl iols) Akak baru je berhijrah pakai tudung. Tu yang tengah mencari lagi.
Aku :  *senyum Ada kak, apa apa akak boleh whatsapp nombor ni (Bukak purse bagi business card) 
Abg Khazanah : Kebetulan ye jumpa dengan dealer dia. Hehe
Akak Khazanah : La sayang dealer ke? Awak Petronas kan. Okay nanti akak call ye. Akak dekat Khazanah je. Harga berapa ni.?
Aku : Okay kak... Harga Rm 25 sehelai. 
Akak Khazanah : Murah murah. Okay i'll call you ASAP akak ada meeting ni dekat Binjai. Okay sayang, thank you. See you again.

Eh Eh aku rasa macam lama pulak dalam lif dari level 36 nak sampai lobby. Panjang borak. Bersyukur sangat, rezeki Allah ada mana mana je kan. Siapa tahu dalam lif pun boleh dapat customer. Hehehe. Shawl satin yang aku pakai hari ni ada 5 jenis warna untuk koleksi sendiri. Aku selesa dengan material dull satin ni. Panjang dan lebar. Paling penting tak panas. Oh well pergi kerja haruslah vogue kan. Hahaha. 

Betul cakap encik tunang " Awak sabar je, mungkin rezeki hari ni Allah bagi double hari esok." Bila aku ingat balik ada few stranger yang kitorang kenal asal nya sebab sehelai shawl. Aku kenal Zetty (staff San Francisco klcc) sambil siap kan order hot chocolate aku, dia tegur " Cantik shawl awak, warna sweet.." Aku malu malu lagi nak cakap oh saya yang jual shawl ni. Aku senyum je. Tapi akak secretary yang dengan aku dekat SF ni jawab kan " Cantik kan, dia jual shawl.. berkenan ambik la contact number " Nahhhh haha.. Sampai ke hari ni Zetty pelanggan setia shawl aku. *Happy me!

Ada sorang lagi manager department lain...Kitorang gather masa PED townhall sekali jamuan raya. Dia beratur depan aku masa ambik makanan, aku sembang dengan kawan sebelah. Dia pusing dan tegur " Youu shawl beli mana." Masa tu sumpah la aku tak tahu dia manager. Yela aku department lain dia lain. Memang tak kenai la cek oi.. Bila dia chat guna lync baru la aku tahu dia manager sebab dekat lync ada tulis position. Uwaaa haha... Tak keruan aku nak panggil puan ke cik ke apa ke menda. Tapi dia relax je bahasa kan diri kakak. Respect.! Very humble.

Sweet macam ice cream paddle pop tak uols.

Sebahagian ready stock kita letak dekat office. Haha... Workstation da macam kedai. Pandai pandai kemas nooh. Dalam tempoh dua tahun ni... Aku sangat enjoy dengan apa yang aku buat. Matlamat asal business ni hanya part time sahaja. Terdetik jugak, Insyaallah nak buat full time. Walaupun tak untung juta juta macam Dr. Vida alhamdulillah kita tak pernah putus customer. (^^,) Tu yang penting sebab kita gain experience dan kepercayaan customer. Bagi aku biar untung tak banyak asal kan berterusan. Dalam tempoh 2 tahun ni @aryana_couture terdiri daripada 5 orang admin (termasuk encik tunang) dah berkembang ke Terengganu, Johor dan Labuan. Kita tak ada kedai offline lagi buat masa ni, semua nya online based. Don't worry kita trusted seller yang berdaftar dengan SSM. Anything boleh through whatsapp (013-2523620-KL / 017-6671160 - Terengganu) =) 

That's all.. Thanks reading.


OhMissWhatEver__said : Jika merasa ujian sebesar kapal, maka yakinlah rezeki Allah seluas lautan. (^____^)



20 comments

January 14, 2016 at 8:53 AM

ololo cntik cntik kalernya..

Anonymous
January 14, 2016 at 9:36 AM

waaaaaaa.. Cantik nya. Betul tu rezeki bukan dari segi duit je.
Apa pun semoga bisness terus berkembang dengan jaya nya.! Tahniah.

January 14, 2016 at 11:26 AM

semoga business sentiasa maju jaya...
yg penting jangan cepat putus asa...

January 14, 2016 at 11:45 AM

Ya, Allah! Dik.... dekatnya office kita! Akak ni lunch break, rajin juga menonong ke KLCC tau! Tapi my office bukan kat situlah. Mine Jln Tun Razak ^_^ Kerja Pet-to-nas (loghat budak baru belajar speaking) ghupanya dia...

Wah, kalau macam ni gaya, nanti-nanti akak nak skodenglah shawl ni. Murah jer tu RM25. Lagi-lagi katanya 'orang kampung'kan, haruslah tolong buat bisnes lagi majukan ^_^

Dik, bab lontong tu, bukan orang preggy je yang mengidam. Akak ni kalau breakfast pagi, mata mesti nak tengok ada lontong ke tidak dalam menu!

Aduh, alahai! Kenapalah awak mention nama lontong kat sini! Kan dah termengidam!

January 14, 2016 at 2:14 PM

Suka tengok warna tu.,,

January 14, 2016 at 8:25 PM

serius warnanya lembut! cantik.. nak usha2 laa

January 15, 2016 at 8:11 AM

@nuyui a.k.a miss YUI : Tq dear.. Semua light light je kan. =)

January 15, 2016 at 8:11 AM

@ Anonymous : Thank. Amin.. mudah mudahan terus maju. =)

January 15, 2016 at 8:13 AM

@ Munirah Rafiuddin : Insyaallah. Thanks dear.! =)

January 15, 2016 at 8:16 AM

@Mummydearie : Laaa kak, dekat je ghupanya. Hahaha.. tah tah penah selisih bahu time lunch. Hihihi..Sila lah skodeng, org kampung kan nnti kita bagi harga baeeek punya. hehe

Tapi kan kak, betul la lontong mmg menu utama klu ada pagi pagi. Bantai breakfast lontong 3 hari straight pun takpe. kita yg komen ni pun rasa nak makan lontong... haha. Lontong dkt BSN dpn klcc ni sedap tau. =D

January 15, 2016 at 8:17 AM

@ PeRdU cINta: Kann dear.! Sebab tu kita tak tahan, smpai beli 5 helai buat koleksi sendiri. hehhe

January 15, 2016 at 8:18 AM

@ azizah green line: jemput usha sayang... =) ada banyak lg warna yg ada. Hehe

January 15, 2016 at 11:25 AM

Dah settled dah, Aina! Pagi tadi akan dah bantai makan lontong ^_^

Ni nak tanya, nombor telefon yang kat KL tu awak punya ke apa. Tangan akak dah gatal nak whatsapp pulak bertanya shawl katanya ^_^

January 15, 2016 at 11:56 AM

Wah. Pantas btol akk! Aina x settle lg lontong ni. Tggu esk la jawabnya Hehehe..
Iye Kak.. No KL tu aina punya. Lai lai wasap.. Hehehe macam macam shawl ado.! =D

January 15, 2016 at 7:56 PM

Alhamdulilah rezeki Aina...semoga ditahun baru ni..rezeki Aina melimpah ruah yer..Aamiin
PS;Kak atie xreti nak pakai shawl2 ni..hehe

January 17, 2016 at 12:32 AM

Alhamdulillah kak. =) Amin mudah mudahan. Hehe.. tq ats doa akk.

P/s: Kak atie dont worry. Instant shawl pun ada. siap cantik dalam masa 10 saat saja. hehehe

January 17, 2016 at 10:52 AM

Ada masa nak stalk ah nnti. Hehe. Kot ade yg berkenan. Hehe

January 18, 2016 at 10:35 AM

jemput singah dear. Heheh =)

January 23, 2016 at 3:02 AM

yup, rezki datang pelbagai cara ^^

last year sy deal bisnes biskut coklat stick dgn org yg low profile.. x sangka customer tu level vvip, hikk..

smoga trus sukses, aina ^^

January 26, 2016 at 10:50 AM

btul tu. =) Hihi Kadang kadang tak sangka kita deal dengan orang besaq besaq.
btw, Thanks caliph. =)

Post a Comment