Monday, January 4, 2016

~ Vietnam : Ho Chi Minh City (Part 2)

Assalammualaikum.

Setelah bercuti panjang. Masih dalam mood holiday lagi gamak nya. Office hakak pun nampak suam suam kuku je dengan kelibat orang. Hewhew. Okay, ni entry Vietnam Part 2. (^_^) Rasa hakak nak pergi lagi je Vietnam ni. Gewaam. Tapi kena p dengan bakal husband la nanti. Bulan 8 tahun lepas masa pegi vietnam tetiba sayu pulak kena tinggal kesayangan kita. Hahaha maklum la sejak kenal, becinta ni tak pernah pulak tinggal lelama. Paling paling kena tinggal masa balik kampung yoo. Eh terjiwang pulak. Okay.. jom jom kita teruskan.

Entry part 1 Iols tak cerita habis lagi. Panjang nau nau pulak nanti. Dekat Vietnam ni tak susah nak cari Halal Food, dekat District 1 ni memang banyak gilos tempat makan melayu. Silap silap boleh 1 kedai orang malaysia. Jadi apa lagi yang menarik.? Jom layannn. ;

1) Kedai Makan (Warung 1 Malaysia & Hajah Basiroh)

Ni antara kedai makan melayu yang famous... Gambar pakcik google. Hakak tak sempat ambik.

Jadi bab makan tak payah la risau. Memang kedai ni peberet orang Malaysia, dan masa kitorg makan dekat Basiroh ni, 1 kedai orang malaysia. Sempat berkenalam, ada yang dari Kelantan, dari Kedah... Masa tu la kita dok tanya beli telekung kain pasang kain cotton bla bla Tapi sepanjang travel ni kitorang cuma makan sup sayur, sup sayur, sup sayur dan cuba la jugak Vietnamese food ni. Yela datang jauh jauh berbatu batu takkan tak cuba makanan diorang yedok..? 

Vietnamese food : Mee Pho Bo, Spring Roll & Ala ala Bihun Tomyam. (=

Tengok la sayur sepinggan nok dia bagi. No wonder la orang Vietnam kulit diorang putih mulus dan kurus kurus. Makanan diorang kurang minyak. Sup pun tawo la sikik mungkin taste bud malays ni da terbiasa dengan masakan melayu kan. Dalam spring roll tu ada Udang, sayur & ulam ulaman dan juga daun pudina. Sesuai untuk nafas berbau segar. Gitchuu. Hewhew..

Jangan tanya kenapa pipi hakak macam pikachu. Kepanasan diknon masa ni... Huhuhu

Harga makanan acane pulak kak aina..? Harga makanan yoo boleh tahan mahai la uols. Tapi potion besar. Boleh la share 2 -3 orang. Btw, MYR accepted dekat sini. Kad kredit pun accepted. Last day makan kitorang swipe je, cash licin yilek. Kekeke...

2) Chu Chi Tunnel

Vietnam ni memang tempat shopping terbaik. Dan juga banyak tempat sejarah perang. Sayang nya kitorang tak sempat nak pergi Mekong river, Tapi berkesempatan ke Chu Chi Tunnel da juga War Museum.

Friends forever. Xoxo.

Pulun gambar dekat keta kebal tinggalan perang ni.

Tour Guide.

Garang dol tour guide ni. Hewhewhew. Nak pergi Chu Chi tunnel ni kitorang ambik tour guide. 1st, jarak agak jauh dari bandar, 2nd tak semua pandai speaking.. kang sembang macam ayam itik paroh. Jadi untuk lebih secure, kita follow tour guide ni. Everything dia explain. Contoh jenis perangkap zaman perang yang diorang pasang. Perang dengan siapa, tahun bila semua lengkap. =) Jadi best la macam bedtime story gitu. Hahaha.

Bilik senjata. 

Jenis jenis perangkap. (^_^) 

Marilah kita keluar.

Terowong Chu Chi ni panjang lebih kuranag 20 M katanya. Sekadar nak cuba masuk terowong ni hakak boleh pegi 2 M je uols. Hakak saran kan awak yang nak masuk tunnel ni pakai Mask. Sebab keadaan tunnel paham paham je la kan. Tunnel ni da banyak di ubah suai. Asal nya gelap gelita, Sekarang diorang upgrade letak lampu sikit sikit tapi tak ubah keadaan asal. Jangan nak mimpi anda boleh jalan tegak ye dalam terowong. Ni bukan Gua Batu Caves. Hewhewhew. Masuk kena membongkok 90 darjah. okay..?

Lepas habis tour ni, kita akan di jamu dengan Ubi kayu cecah Kacang.

Kemain suka lagi omputih tu makan ubi kayu. "Taste good.. errmmm.." Hahaha. Aku pun tetiba rasa apahal extreme sedap ubi kayu dekat vietnam ni. Oh lupa breakfast roti dan air mineral je pagi tu. Hahaha.

3) War Remnants Museum

Omputih ni nak gambar sama tapi malu malu.. ades.

Tempat ni tak sesuai bagi mereka yang tak minat sejarah. Hewhew. Tapi ada peluang masuk la muzium perang Vietnam ni. Serius, sangat mengundang keinsafan yang menggunung dalam diri. Bersyukur dan sangat bertuah Malaysia tak mengalami situasi perang seperti Vietnam. 

Antara peristiwa menyayat hati adalah kesan Agen Oren yang di sembur tentera AS. Pihak AS menyembur kira kira 75 juta liter Agen Oren dan racun rumpai di 1/3 daripada keluasan Vietnam Selatan antara 1962 - 1971 bagi merosak kan hutan dan tanaman yang menjadi tempat perlindungan gerila. Agen Oren bukan sahaja membunuh, tapi meninggal kan kesan genetik kepada rakyat Vietnam. DNA mereka rosak menyebab kan kecacatan kepada bayi. Dioxin yang menyerang sistem genetik menyebabkan mutasi pada manusia.

Kesan Agen Oren masih di rasai hingga sekarangg dan berdasarkan laporan Palang Merah Vietnam, kira kira sejuta penduduk menderita pelbagai penyakit, lebih kuran 150,000 kanak kanak di lahirkan cacat akibat senjata kimia yang di gunakan AS lebih kurang 5 dekad lepas.

4) Central Post Office & Notre Dame Catheral

Kawasan ni cantik. Memang port bergambar macam kami yang acah acah foreigner sangat. Haha.. Tak ada apa sangat cuma dalam PO ni banyak jual setem dan kedai cenderamata. Depan PO ni gereja ( Notre Dame Catheral). Sempat la gambar sedas dua untuk tatapan sendirik. =)

Rindu.! Jumpa May nanti gegadis saya. (^__^)

Sepanjang travel ni, semua tudung hakak tak iron. Shawl sponsor by Aryana Couture. Nak Shawl atau Instant Shawl hot meletops? Sila serbu Ig shop tersebut.

Papai Vietnam. Thanks for the awesome experience.



OhMissWhatever__said : You don't have to be rich to travel. (^__^)





12 comments

January 6, 2016 at 4:57 PM

macam best je babe! aku teringin nak pegi tp sewammmm nak naik flight.. kah!

January 11, 2016 at 9:20 AM

best babe! Hehe.. aku seram jugak, nak nak lg kes flight kena tembak n missing tu. Tapi tawakal je. Vietnam tak jauh sgt, dalam 2 jam lebih babe. Hihihi =)

January 11, 2016 at 10:40 PM

ada jugak kedai melayu ye..ok la tu..

January 12, 2016 at 9:01 AM

Ada dear...ok kan. bab makan xde masalah. =)

Anonymous
January 12, 2016 at 9:03 AM

Thanks share experience!. Boleh jd guideline untuk traveler.

January 12, 2016 at 2:18 PM

Welcome.. =)=)

January 12, 2016 at 10:48 PM

Alahaiiii entah bilalah mak nak sampai sini Aina oiiiii..

January 13, 2016 at 8:44 AM

@hainom OKje :Insyaallah mak. nanti sampai jugak. =) hehehe

January 13, 2016 at 9:05 AM

bestnye dah sampai sana :)

January 13, 2016 at 10:34 AM

Alhamdulillah dear. hehe masa tu tgh murah.. =)

January 14, 2016 at 2:52 PM

Akak ni karnivor okey. Sayur-mayur tak makan tapi dedulu masa muda belia remaja, lelicin aje kulit. La ni startlah jeragat nak berkekalan. Eh, apa kes silap komen ni ^_^

Akak kalau popia ke apa yang kata ada udang tu, dah tentu-tentu akak bantai udang jerk. Yang lain-lain akak sedekah kat my makan partner. Bab tunnel pun akak tak sanggup, Aina. Akak ni penakut, gayat tempat tinggi, gayat tempat gelap, gayat dengan lautan! Pendekata akak memang bukan adventurous partnerlah senang cerita!

Sedap ek ubi kat tempat orang? Yalah, kalau kat sana ada sambal belacan, rendang daging, ayam masak kari, lontong ke, dah tentu-tentu you all tetiba aje rasa tak ingin nak makan ubikan.... ^_^

January 15, 2016 at 8:22 AM

Mummydearie: Hahaha.. Akk pepagi da buat aina gelak baca komen ni. Tu la kak, kalau ada benda lain masa tu ubi di pandang sepi jela. Perut lapaq masa tu pokok pun nampak sedap. Kekekeke... Nasib baik tunnel tu ada lampu romantik kak, kalau takde sesilap aina da x jadi masuk da tu. Hihihi...

Post a Comment